afood4makan
Monday, 13 January 2014
Wawa Zainal Bakal Aktif Berlakon Bawah Pengurusan Suami
Wawa Zainal Bakal Aktif Berlakon Bawah Pengurusan Suami | Aeril Zafrel memberitahu yang isterinya Wawa Zainal akan kembali aktif di bidang lakonan selepas hampir setahun berehat. Menurut Aeril, Wawa sudah menerima beberapa tawaran berlakon namun semua tawaran adalah di bawah pengurusan artis milik Aeril sendiri.
Johan Raja Lawak Menang RM1 Juta Kes Tuntutan Saman
Johan Raja Lawak Menang RM1 Juta Kes Tuntutan Saman | Johan Raja Lawak kini berjaya menuntut saman RM 1 juta terhadap pengarah Mohd Javed Mohd Nizar dan Juara Film Production Sdn Bhd akibat kecederaannya selepas dibaling gelas kaca pada tahun 2010. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam. Peristiwa yang berlaku pada 2010 lepas bermula apabila Johan bersama isterinya Ozlyn Wati pergi ke sebuah restoran berjumpa pengarah tersebut untuk bincang mengenai drama yang dibintangi mereka berdua. Suasana menjadi kecoh setelah pengarah tersebut membaling gelas ke arah Johan menyebabkan Johan cedera di muka dan kepala.
Nur Fazura Bakal Ganti Neelofa Dalam Nona
Nur Fazura Bakal Ganti Neelofa Dalam Nona | Sudah timbul khabar yang mengatakan Nur Fazura sudah ditawarkan untuk menjadi pengacara Nona musim akan datang menggantikan Neelofa. Harian Metro menyebut yang Fazura belum lagi memberi jawapan. Beliau mungkin akan memberikan keputusan selepas pulang dari bercuti di Amerika Syarikat. Jom lihat gambar Fazura bercuti di Amerika.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
